
Sr Mohd Hazril Munir @ Umar bin Mansor merupakan seorang Jurukur Berlesen di bawah Akta 458 (Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958). Minat beliau yang mendalam di dalam bidang yang diceburi menyebabkan beliau telah banyak membantu syarikat-syarikat, orang perseorangan menguruskan tanah melalui perkhidmatan ukur dan konsultansi yang diberikan. Aktiviti dan projek yang dijalankan melibatkan bidang Ukur dan Pemetaan. Selama 21 tahun dalam bidang Ukur dan Pemetaan, beliau mempunyai pengalaman berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Timbalan Pengarah Ukur manakala di syarikat swasta sebagai Pengarah Projek. Pada awal tahun 2019 beliau telah menubuhkan Jurukur Ceria Sdn Bhd bagi membantu agensi kerajaan, syarikat korporat, orang awam yang mahu mendapatkan perkhidmatan perunding ukur.
Senarai perkhidmatan beliau adalah seperti berikut:
- Jurukur Ceria Sdn Bhd
- Jurukur Resources Sdn Bhd
- Unit Ukur Tanah, Wilayah Utara, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM Pulau Pinang)
- Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM
- Seksyen Penyelarsan dan Dasar Kadaster, JUPEM
- Seksyen Perkhidmatan Pemetaan, JUPEM
- Universiti Teknologi Mara, Sri Iskandar, Perak
- Setegap Sdn. Bhd.
- Azamin Enterprise
- Jurukur Sulaiman
- Percon Piling Sdn. Bhd.
Antara pelanggan yang di bantu semasa dalam perkhidmatan ialah:
- Mah Sing Group
- Sime Darby Group
- AIR Selangor (AIR)
- UDA Holding Berhad
- Perkuat Kuari Sdn Bhd
- Putrajaya Holding Berhad
- Puncak Niaga Holding Berhad
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Majlis Pebandaran Sepang (MPSepang)
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan 2009 semasa berkhidmat di JUPEM. Beliau merupakan pelajar cemerlang semasa menuntut di UiTM dan selalu menerima Anugerah Dekan.

Jurukur Ceria Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera. Mempunyai kumpulan kerja yang mantap bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kumpulan kerja terdiri dari Team Pentadbiran, Team Kewangan, Team Kerja Luar dan Team Pelukis Plan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Semua kumpulan kerja dinaugi oleh Sr Mohd Hazril Munir @ Umar b Mansor.
Jurukur Ceria Sdn Bhd beroperasi di A63, Tingkat 2, Jalan 3A, Cinta Sayang Resort Homes, 08000 Sungai Petani, Kedah. Kumpulan kerja dilengkapkan dengan peralatan terkini seperti komputer, komputer riba, ploter, alat ukur seperti total station, GNSS, GPR, EML dan sebagainya. Kumpulan kerja ini bersedia memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan perunding ukur tanah.