Pengukuran tanah adalah perniagaan yang komplek, dan kerana itu ada sedikit salah tanggapan tentang ukur dan mengapa masyarakat memerlukannya. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan sama ada membuat pengukuran tanah pada hartanah anda (atau hartanah yang anda merancang untuk membeli), kemungkinan anda telah menjadi mangsa kepada satu atau lebih mitos ini, yang berpotensi untuk “menyesatkan” anda. Untuk membantu anda, inilah kebenaran tentang 7 mitos ukur yang biasa:
Mitos 1: Pengukuran Tanah Tidak Diperlukan Jika Anda Dapat Menemukan Kedudukan Tanda Sempadan.
Sekiranya anda menemui tanda sempadan dari pengukuran lama, yang anda ketahui dilaksanakan oleh juruukur yang mungkin telah menentukan lokasi tanda sempadan hartanah anda; itu tidak bermakna pengukuran adalah tepat, atau anda telah benar-benar menemui sempadan hartanah anda. Jurukur Tanah Berlesen boleh mengesahkan tanda sempadan yang anda temui adalah benar-benar garis sempadan tanah anda; anda mungkin terkejut setelah mengetahui bahawa dalam banyak kes, dari apa yang anda fikir kebanyakan kedudukan tanda sempadan telah berubah. Selain itu, penemuan tanda sempadan yang anda temui tidak sah untuk di bawa ke mahkamah, sementara hasil pengukuran juruukur tanah berlesen boleh.
Mitos 2: Jarang Sekali Jiran Menceroboh Garis Sempadan.
Ianya tidak seperti yang disangka. Juruukur tanah sentiasa menangani masalah ini. Jangan begitu yakin bahawa anda tidak menceroboh hartanah milik jiran anda, atau mereka tidak melakukan perkara yang sama kepada hartanah anda. Apabila ragu-ragu, lantik juruukur tanah berlesen untuk menandakan garis sempadan yang tepat.
Mitos 3: Saya Boleh Membina Pagar Sepanjnag Garis Sempadan Tanpa Pengukuran.
Walaupun anda yakin, anda hanya membina di atas tanah anda, bertindak secara bijak untuk melindungi pelaburan anda dengan memastikan anda mengetahui dengan tepat di mana garis sempadan hartanah sebenar. Sekiranya anda telah membina pagar didalam kawasan hartanah jiran, anda mungkin terpaksa meruntuhkan pagar yang dibina. Berfikir dua kali sebelum membina pagar di atas garis sempadan hartanah, walaupun anda tahu di mana ia berada.
Mitos 4: Pagar Merupakan Garis Sempadan Hartanah Saya, Ia Telah Wujud Seratus Tahun Dahulu
Realitinya, pagar yang telah lama, semakin besar kemungkinan untuk mencerobohi atau dicerobohi, ketepatan pengukuran seratus tahun yang lalu jauh betinggalan berbanding pada masa sekarang. Pagar, terutamanya yang dibina beberapa dekad yang lalu, hanyalah penghampiran kepada garis sempadan hartanah tersebut. Sekali lagi, jangan berandaian. Lantik juruukur tanah berlesen untuk kepastian.
Mitos 5: Semua Tanah Telah Diukur, Tidak Perlu Mencari Juruukur.
Walaupun anda mungkin dapat mencari peta lama yang digunakan untuk tujuan cukai, dalam banyak kes, tanah yang anda miliki mungkin tidak pernah diukur. Di samping itu, jika anda menemui pengukuran telah dibuat sedekad yang lalu, ianya tidak terjamin tepat pada masa kini dan tidak semestinya membantu menyelesaikan masalah anda atau membantu anda dalam mengenal pasti garisan sempadan sebenar di lapangan.
Mitos 6: Saya Tidak Perlu Pengukuran Kedua Jika Tanah Telah Diukur Di Masa Lalu.
Ukur tanah adalah seni, bukan sains yang tepat. Ada kemungkinan dua juruukur mendapat hasil ukuran yang berbeza. Juga, kerana pengukuran dibuat berdasarkan rujukan yang ditemui. Dua juruukur mungkin menggunakan titik rujukan yang berbeza kerana titik rujukan yang sama telah hilang apabila pengukuran dibuat pada waktu yang berbeza. Juruukur baru akan mendapat manfaat dari tanda sempadan yang ditanda oleh juruukur sebelum ini dan rekod pengukuran hakmilik terdapat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Sekiranya keputusan pengukuran terdahulu dipersoalkan, ia mungkin berbaloi untuk melakukan pengukuran yang baru.
Mitos 7: Pelaksanakan Pengukuran Terlalu Mahal.
Sebenarnya, tidak melaksanakan pengukuran sedangkan anda benar-benar memerlukannya boleh menyebabkan anda perlu membayar beribu-ribu ringgit di masa hadapan, terutamanya jika anda membina struktur yang menceroboh ke tanah jiran. Adakah ia berisiko? Perkhidmatan Jurukur Tanah Berlesen sangat bernilai.
Hubungi Jurukur Ceria Sdn Bhd dan ukur hartanah anda sebelum memasang pagar atau struktur lain yang boleh memberi kesan kepada garis sempadan anda dan jiran sebelah.