UKUR TANAH

BAGAIMANA PECAH BAHAGIAN TANPA PERSETUJUAN SEMUA TUAN TANAH ?

Jurukur Tanah Berlesen Ukur Hakmilik Strata Ukur Hakmilik Tanah
Share the knowledge!

Pemilikan geran individu menjadi keperluan bagi memudahkan urusan jual beli, pindah milik, cagaran, wasiat dan sebaginya. Ada yang berpendapat dan beranggapan terdapat kekangan apabila tidak semua tuan tanah (pemilik berdaftar) setuju atau ada bersama atau sudah meninggal dunia. Ini adalah kerana secara umumnya, semua persetujuan tuan tanah (pemilik berdaftar) perlu bagi urusan meminda maklumat di dalam geran tanah.

Walau bagaimanapun permohonan pecah bahagian tanah boleh dibuat oleh tuan-tuan tanah (pemilik berdaftar) yang mempunyai syer majoriti sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen 141A Kanun Tanah Negara 1965 tanpa persetujuan daripada pemilik berdaftar bersama yang lain. Permohonan boleh dibuat melalui Jurukur Tanah Berlesen.

Apabila Pentadbir Tanah menerima permohonan pecah bahagian tanah, semua pemilik berdaftar bersama akan dimaklumkan. Sebarang bantahan berserta dengan alasan- alasannya hendaklah dibuat dalam tempoh 28 hari dari tarikh penerimaan notis tersebut.

Pentadbir Tanah akan mengadakan suatu siasatan jika terdapat apa-apa bantahan dari pemilik berdaftar bersama yang tidak turut serta. Jika tiada bantahan atau alasan-alasan yang memuaskan dan selepas mempertimbangkan dengan sepatutnya, Pentadbir Tanah boleh meluluskan permohonan. Jika terdapat alasan-alasan yang memuaskan Pentadbir Tanah akan menolak permohonan pecah bahagian.

Sekiranya permohonan ditolak, permohonan ini boleh dibawa ke mahkamah untuk diputuskan melalui peguam yang dilantik. Keputusan mahkamah mengatasi segalanya dan perlulah dipatuhi.

 

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *