Jika anda sedang terlibat dalam beberapa projek pembinaan – mempunyai rumah yang dibina khas, sebagai contoh – mungkin sukar bagi anda untuk memberitahu perbezaan antara juru ukur dan jurutera. Kedua-duan profesion melawat tapak pembinaan untuk memeriksa kemajuan kerja dari masa ke semasa. Seorang jurukur dan jurutera sering dijumpai bekerja dalam projek yang sama; Kedua-dua profesion ini mempunyai kemahiran tersendiri dan skop pekerjaan yang sangat berbeza, walau bagaimanapun perbezaannya sukar dipastikan jika anda bukan profesional yang terlatih.
Seorang jurutera mungkin dilatih dalam pelbagai jenis pembinaan, dari aeronautik hingga seni bina, dan dari mekanikal ke struktur ke elektrik. Setiap jurutera biasanya bekerja pada projek pembinaan tertentu atau hanya terlibat dalam satu bidang khusus dalam projek itu. Tidak kira apa jenis projek pembinaan, jurutera selalunya perlu berinteraksi dengan jurukur.
Juruukur menyediakan maklumat tapak kepada jurutera dan arkitek, yang membolehkan mereka membuat perancangan. Sebagai contoh, jurutera menentukan berapa banyak berat jambatan yang boleh dipegang, sementara juruukur menanda di lokasi tapak kaki jambatan harus terletak di atas tanah. Jurukur dipanggil untuk mengukur keadaan tapak sebelum pembinaan atau perancangan bermula. Pengukuran yang dijalankan oleh juruukur tanah memberi maklumat asas kepada para jurutera mengenai lokasi yang optimum untuk struktur tersebut dibina. Lukisan jurutera mesti mengambil kira kedudukan sebenar di atas tanah. Jurutera tidak boleh hanya menganggap bahawa tanah yang dimaksudkan adalah rata dan tidak mempunyai halangan.
Pelbagai tanggungjawab juruukur tanah, terutamanya apabila berurusan dengan kejuruteraan. Juruukur sering terlibat sebelum fasa melukis-pelan projek, menyediakan kedudukan dan ketinggian setiap butiran seperti jalan, sungai, tanah dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam pelan. Data ini akan digunakan oleh pekerja pembinaan.
Sepanjang proses pembinaan, juruukur akan menanda kedudukan dan ketinggian struktur yang hendak dibina mengikut pelan kejuruteraan yang digunakan. Pembinaan struktur ditapak akan mengikut tanda-tanda ini. Jurukur juga akan memastikan pembinaan mengikut pelan pada ketepatan milimeter mengikut pelan yang dikeluarkan oleh jurutera. Apabila pembinaan telah siap, pengukuran tambahan dibuat untuk memastikan pembinaan struktur dilapangan mengikut pelan jurutera. Pengukuran ini dikenali sebagai “as-built” yang memeriksa perbezaan kedudukan setiap bahagian struktur binaan berbanding pelan jurutera.
Di tapak pembinaan, jarang sekali pengukuran dilakukan oleh satu kumpualan ukur. Walaupun dengan teknologi hari ini, projek kejuruteraan biasanya memerlukan beberapa pasukan ukur untuk mencerap butiran atau menanda struktur pembinaan di tapak. Banyak aktiviti pengukuran ditapak projek berbanding tapak yang kosong. Anda akan mendapati di tapak pembinaan terdapat sekurang-kurangnya satu kumpulan ukur atau lebih dalam pasukan mereka. Bergantung pada aktiviti-aktiviti khusus yang dijalankan di tapak, juruukur boleh menjalankan Ukuran Setting-out, Ukuran dimarkasi, Ukuran Hakmilik, Ukuran As-built, Ukuran Topografi dan pelbagai jenis ukuran lain.