ukur tanah

GROUND PENETRATING RADAR MENGESAN UTILITI DI BAWAH TANAH

Ukur Utiliti Bawah Tanah
Share the knowledge!

Kaedah menggunakan radar untuk mencari dan pemetaan objek di bawah permukaan tanah dikenali sebagai Ground Penetrating Radar atau GPR. Gelombang radar menembusi tanah sehingga sampai ke objek yang sedang dicari dan kemudian gelombang akan bangkit kembali apabila gelombang bersentuhan dengan objek tersebut. GPR boleh mendapatkan lokasi yang tepat dan pemetaan objek bawah tanah sebelum permulaan sebarang kerja penggalian tanah. Banyak syarikat hari ini akan menggunakan GPR untuk perkhidmatan mencari utiliti bawah tanah. Perkhidmatan ini perlu supaya kabel tidak terputus dan paip yang membawa bahan berbahaya tidak pecah.

Sekiranya kerja menggali dibuat sebelum penggunaan GPR, kebarangkalian paip akan pecah adalah tinggi. Paip yang rosak boleh menyebabkan pembaikan dan pengantian yang lebih mahal. Industri sekitar kejadian akan tergendala dari beroperasi dan masyarakat sekeliling akan melalui keadaan yang tidak selesa. Pemecahan mana-mana paip bawah tanah boleh menjadi sangat berbahaya kerana kebocoran merebak ke persekitaran. Sama ada gas asli, minyak, kumbahan atau air. Bahan-bahan tersebut seharusnya kekal dalam batasan paip. Jika tidak, bahan ini berpontensi membahayakan kesihatan kepada mereka yang terkena dan terpaksa menanggung tindakan mahkamah yang mahal.

GPR adalah teknologi yang lebih maju dan inovatif yang telah menggantikan penggunaan pelan kedudukan paip yang dilakar semasa utiliti tersebut dipasang dahulu. Format pelan lakaran tidak seragam yang dilukis oleh pegawai yang tiada kepakaran dan peralatan pemetaan. Penggunaan pelan ini dalam kerja menggali akan terdedah kepada kesilapan kerana ketidaktepatan lakaran atau perubahan seperti utiliti baru yang ditanam atau diubahsuai yang berlaku kepada utiliti sedia ada yang tidak ditunjukkan pada lakaran asal. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang tinggi bagi merosakan paip di bawah tanah, menghadapi kelewatan dalam perkhidmatan yang menyediakan paip-paip untuk harta komersil dan kediaman dan menanggung perbelanjaan besar atau perbelanjaan penggantian. GPR telah meminimumkan kemungkinan semua jenis kejadian tersebut dan meningkatkan ketepatan kedudukan utiliti pada umumnya.

Satu lagi penggunaan umum radar menembus tanah adalah dalam penggalian arkeologi di mana ia digunakan dalam mencari objek yang sangat berharga di bawah tanah. Penggunaan GPR melestarikan tenaga kerja dan masa, tetapi yang paling penting, ia membolehkan arkeologi untuk mencari artifak, tulang atau struktur bawah tanah tanpa perlu menganggarkan atau meneka lokasi sebenar mereka. Cara ini dapat menjimatkan masa beberapa bulan untuk menggali tanpa apa-apa yang ditemui. Akibatnya, GPR menghalang pembaziran tenaga dan masa, terutamanya di kawasan-kawasan tertentu di mana penggalian arkeologi hanya boleh dijalankan beberapa bulan dalam setahun disebabkan oleh iklim yang melampau dan cuaca buruk.

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *