ukur tanah

JURUUKUR TANAH BERLESEN HARI INI – TREND DAN TEKNOLOGI TERKINI

Jurukur Tanah Berlesen Ukur Hakmilik Strata Ukur Hakmilik Tanah Ukur Hidrografi Ukur Kejuruteraan Ukur Topografi Ukur Utiliti Bawah Tanah Unmanned Aerial Vehicle (UAV)
Share the knowledge!

 

Dalam dunia ukur tanah moden, teknologi sentiasa berubah. Keperluan pendidikan yang berterusan bagi memahami teknologi kompleks, juruukur tanah mesti ada jati diri untuk bersaing dalam industri yang berkembang ini. Cara pengukuran tanah dijalankan hari ini dibandingkan dengan 20 hingga 30 tahun yang lalu telah berubah dengan ketara.

 

Pendidikan berterusan bukan sekadar pilihan bagi juru ukur tanah moden, ia adalah wajib. Kursus –kursus yang dijalankan, peraturan-peraturan dan undang-undang yang masih berkuat kuasa perlu dikaji dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Teknologi adalah sebahagian besar daripada kemajuan yang berlaku dalam pengukuran tanah moden. Kemajuan teknologi pengukuran tanah sering menjadi tumpuan utama dalam pendidikan berterusan. Salah satu contoh dunia nyata ini adalah teknologi GPS, yang merubah cara kerja mereka di dalam industri pengukuran tanah. Cara kerja pengukuran selama 20 hingga 30 tahun yang lalu menjadi sejarah bagi generasi masa kini. Teknologi GPS mempunyai keupayaan untuk membuat pengukuran tanah lebih mudah dan cepat.

Sebagai tambahan kepada teknologi GPS, kemunculan total station robotik, dron, pengimbasan laser dan teknologi baru lain mengubah landskap pengukuran tanah moden.

Kemajuan dalam teknologi moden dan metodologi yang lebih baik membuat pendidikan berterusan untuk juru ukur tanah diperlukan dalam zaman moden yang sentiasa berubah ini.

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *