ukur tanah

KENAPA TANAH ANDA PERLU DIUKUR ?

Jurukur Tanah Berlesen
Share the knowledge!

Kebiasaanya pengukuran tanah tidak dimasukan dalam senarai kepentingan yang perlu dilaksanakan, sebenarnya terdapat banyak kes di mana membuktikan anda harus memiliki tanah yang telah diukur, untuk menyelamatkan kekeliruan atau masalah undang-undang kemudian hari. Juruukur tanah akan menyemak dokumen-dokumen yang ada mengenai tanah anda dan ukuran sebelumnya. Dia akan mengukur dan menanda dilapangan mengikut rekod dalam dokumen hakmilik. Berikut adalah beberapa sebab penting untuk dipertimbangkan bagi pengukuran sebidang tanah.

 

Sebelum Membeli Sebidang Tanah

Anda harus sentiasa mempertimbangkan pengukuran tanah jika anda membeli sebidang tanah. Anda perlu mengetahui sebarang percanggahan sempadan yang boleh menjejaskan nilai harta anda sebelum membelinya. Sebarang pertikaian mengenai sempadan tanah perlu diselesaikan sebelum anda bersetuju untuk membelinya atau anda boleh mendapatkan masalah di kemudian hari.

 

Sebelum Menjual Sebidang Tanah

Anda juga perlu mempertimbangkan untuk membuat pengukuran tanah jika anda merancang untuk menjual harta anda. Ia amat penting menunjukan apa yang ada di atas tanah yang hendak dijual. Maklumat ini dapat membantu broker anda menentukan bagaimana tanah boleh dipasarkan. Maklumat seperti garis pantai, jajaran jalan, keadaan rupa bumi, bukit, sungai, alur, cerun, contour, kolam dan keluasan dapat ditunjukan apabila tanah di ukur. Teknik pergambaran udara dapat membantu ukuran dengan lebih cepat dan gambaran yang jelas. Vedio dari udara boleh diambil bagi meningkatkan nilai tanah anda. Maklumat ini sangat penting bagi mempromosi tanah anda dan menunjukan keadaan tanah dengan jelas. Sesetengah pembeli meletakkan tawaran harga yang tinggi bergantung kepada maklumat pengukuran. Jika anda telah membuat pengukuran sebelum ini, anda telah menjimatkan masa dan meningkatkan peluang menjual harta anda dengan cepat.

 

Sebelum Membina Atau Memperbaiki Tanah Anda

Sebelum membina gudang, pagar atau struktur lain di atas tanah anda, pertimbangkan untuk mempunyai khidmat jurukur tanah menandakan setiap penjuru harta anda. Dengan cara itu, anda boleh yakin bahawa anda tidak membina di tanah jiran anda dan anda boleh memberi jaminan bahawa anda akan mengusahakan tanah sepenuhnya milik anda. Ini amat penting apabila membina sebuah rumah atau lain-lain struktur yang besar dan kekal. Terdapat banyak perkara yang harus diberi perhatian ketika membina bangunan seperti kedudukan bangunan, jalan keluar masuk, aras longkang, setback, dan keperluan lain yang perlu diukur dan ditanda di atas tanah. Jangan biarkan kontraktor atau pembina anda menentukan di mana untuk meletakkan struktur ini, kerana mereka mungkin tidak akan menyedari sempadan tanah anda yang sebenar.

 

Jika jiran membina struktur berdekatan sempadan tanah atau menceroboh sempadan tanah

Sekiranya jiran anda membina struktur sedemikian dan anda percaya ia berada di atas tanah anda, peegukuran perlu dilaksanakan. Ini adalah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang isu pencerobohan dan memastikan tanah anda tetap digunakan oleh anda. Begitu juga, jika anda dan jiran anda ada pertikaian mengenai sempadan tanah yang sebenar, pengukuran biasanya akan menyelesaikan soalan-soalan tersebut.

 

Maklumat pengukuran lama (Ukuran kelas ke tiga)

Menggunakan maklumat pengukuran lama menentukan kedudukan sempadan tidak lagi sesuai untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Maklumat ukran lama adalah tepat pada masa itu. Perkembangan teknologi  terkini pada masa kini dapat mengukur dengan lebih. Sesetengah kawasan, terutamanya tanah luar bandar hanya berpandukan ukuran lama (ukuran kelas ke tiga). Ini bermaksud bahawa dalam kebanyakan kes kebarangkalian kejiranan mungkin tidak sengaja menceroboh tanah masing-masing adalah tinggi.

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *