Sekiranya anda berminat untuk membeli hartanah, dengan hanya mencari plot tanah atau rumah yang anda suka dan terus membuat rundingan adalah cara yang salah untuk melakukannya. Ramai orang terlepas pandang kepentingan pengukuran tanah sebelum membeli, yang mana boleh mendedahkan banyak isu-isu negatif yang boleh dielakkan.
Juruukur Tanah Berlesen (JTB) boleh menentukan sempadan tanah dilapangan untuk memastikan bahawa plot tanah sebenarnya sepadan dengan tanah yang ingin dibeli. JTB boleh memberitahu anda sama ada pokok, bangunan, utiliti, utiliti bawah tanah, pagar, jalan kaki, jalan masuk dan ciri lain tanah itu sebenarnya terletak pada harta benda, dan juga sama ada bangunan orang lain atau ciri lain mencerobohi harta yang anda ingin beli.
JTB sudah terbiasa dengan Kanun Tanah Negara, Peraturan dan Pekeliling melibatkan tanah. JTB dapat membantu anda membeli sebidang hartanah yang anda harapkan untuk dibangunkan, kerana mereka dapat menggambarkan keadaan tanah sebenar sebelum anda membeli tanah itu. Jika anda membeli tanah di kawasan pegunungan, kawasan berpaya atau tanah di kawasan lain yang mungkin sukar dimasuki, JTB dapat membantu anda dengan menyediakan pelan gambaran sebenar keadaan tanah bagi anda menilai dan merancang dengan baik. Jika anda merancang untuk membangunkan tanah atau memecah kecilkannya, JTB juga dapat membantu anda menentukan sama ada dapat dilaksanakan mengikut undang-undang yang masih berkuat kuasa.
Tidaklah bijak untuk bergantung kepada maklumat pengukuran tanah yang lama dan disediakan oleh pemilik tanah asal. Kemungkin ianya tidak menggambarkan terkini dan mungkin tidak tepat. Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang anda lantik boleh meletakkan penanda di setiap sudut hartanah sehingga sempadan dapat dilihat dengan jelas. Selain menjalankan kerja pengukuran, JTB anda juga dapat membantu mendapatkan maklumat hartanah di Pejabat Tanah seperti pemilikan harta, syarat nyata, cukai, kategori dan sebagainya. Perkara ini penting sebagai asas bagi menilai pembelian hartanah yang berpotensi. Pastikan anda melawat hartanah tersebut dan meninjau ke seluruh kawasan walaupun untuk hanya beberapa ekar, bagi melihat sendiri keadaan sebenar hartanah tersebut.
Mendapatkan perkhidmatan pengukuran sebelum hartanah dipindah milik adalah sangat wajar dilaksanakan. Jangan hanya bergantung harap kepada penjelasan orang lain, seperti pemilik tanah atau agen hartanah, apabila membeli tanah. Ini adalah perlaburan yang besar, dan ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik kecuali anda tahu dengan tepat apa yang anda beli. Sekiranya anda tidak sempat mendapatkan perkhidmatan ukur sebelum membuat rundingan, sekurang-kurangnya anda melaksanakan sebelum perjanjian dimeterai. Juruukur tanah akan memberi anda maklumat terbaik bagi menentukan sama ada hartanah tersebut akan memenuhi keperluan anda. Jika terdapat permasalahan, pastikan ianya diselesaikan mengikut keperluan anda sebelum membeli hartanah tersebut.
Anda semestinya tidak mahu membuat kesilapan dengan membeli tanah yang tidak berguna atau membeli tanah yang bukan anda idamkan. Sangat penting untuk melaksanakan pengukuran apabila anda hendak membeli kawasan yang luas atau merancang untuk membangunkan tanah tersebut. Tidak dinafikan pengukuran tanah untuk lot rumah yang kecil juga dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul sebelum terlambat.