STANDARD MINIMA PENGUKURAN TANAH HAKMILIK

Jurukur Tanah Berlesen Pembangunan Tanah & Skim Perumahan Ukur Hakmilik Strata Ukur Hakmilik Tanah
Share the knowledge!

Jurukur tanah diupah untuk membuat pengukuran yang tepat bagi tanah anda. Anda mungkin telah melaksanakan pengukuran sebelum anda membeli hartanah itu atau ketika anda memutuskan untuk membina di atasnya. Untuk memastikan pengukuran anda tepat dan betul, pastikan Jurukur tanah mengetahui piawaian minimum untuk pengukuran tanah di tempat anda.

 

Secara ringkas piawaian minima untuk membuat pengukuran ialah mendapatkan maklumat sempadan tanah yang lengkap. Undang-undang dan peraturan pengukuran yang masih berkuat kuasa adalah salah satu daripada beberapa piawaian pengukuran. Setiap negeri di Malaysia mempunyai penafsiran undang-undang dan peraturan yang berbeza mengenai tanah.

 

Pengukuran perlu dijalankan oleh jurukur yang kompiten. Mereka akan memastikan peralatan ukur yang digunakan dalam keadaan baik. Tanda sempadan lama yang masih dalam keadaan baik dijadikan rujukan. Sekiranya perlu, ukuran pergerakan matahari dibuat bagi mengesahkan arah utara. Semua maklumat ukuran direkod dan akan disemak di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebelum pelan dikeluarkan.

 

Lembaga Jurukur Tanah berfungsi untuk memastikan Jurukur Tanah Berlesen sentiasa kompiten dalam menjalan ukuran. Amalan praktis Jurukur Tanah Berlesen tertakluk kepada Peraturan Lembaga Jurukur Tanah. Jurukur Tanah Berlesen yang professional sentiasa mengamalkan kod etika dalam kerja-kerja ukur tanah.

 

Dengan kaedah ini anda boleh gunakan perkhidmatan Jurukur Tanah Berlesen dengan yakin kerana piawaian minumum pengukuran telah dijaga / dipantau oleh Lembaga Jurukur Tanah dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Sekiranya anda memerlukan maklumat terperinci bolehlah hubungi Jurukur Ceria Sdn Bhd.

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *