ukur tanah

TATALAKU PROFESIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN

Jurukur Tanah Berlesen
Share the knowledge!

Sebagai Juruukur Tanah Berlesen, saya perlu mengamalkan Tatalaku Profesional.

Dalam Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011, Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 para 29 menyatakan tentang Tatalaku Profesional Juruukur Tanah Berlesen iaitu:

(1) Tiap-tiap juruukur tanah berlesen hendaklah—

(a) mematuhi peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta, mana-mana kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa berhubung dengan kewajipan profesionalnya; P.U. (A) 331 19

(b) mengawal kelakuannya supaya dapat menjaga maruah, kedudukan dan reputasi profesion;

(c) tidak merayu atau menolong mendapatkan pekerjaan profesional atau menawarkan untuk mendapatkan melalui komisyen atau juga bayaran bagi memperkenalkan pekerjaan itu;

(d) tidak disabitkan atas kesalahan yang membuatnya tidak layak menjadi anggota bagi profesionnya;

(e) jujur atau tidak menipu dalam menjalankan kewajipan profesionalnya;

(f) bukan seorang yang bankrap di bawah Akta Kebankrapan 1967[Akta 360];

(g) tidak mengenakan fi atau kos yang tidak mengikut Jadual dalam Peraturan-Peraturan ini berkenaan dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada kliennya kecuali jika klien itu bersetuju secara bertulis amaun yang dikenakan melebihi amaun yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga belas;

(h) tidak memperakukan, mengecapkan atau menandatangani lukisan atau pelan yang tidak disediakannya atau di bawah seliaannya bagi maksud memperoleh kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa;

(i) hanya mengiklankan perkhidmatan profesionalnya dengan kaedah awam atau mana-mana media lain mengikut garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga;

(j) tidak mengamalkan profesion lain di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan profesion itu; P.U. (A) 331 20

(k) tidak, secara langsung atau tidak langsung, cuba untuk mengambil tempat atau campur tangan dalam atau yang berkaitan dengan ukur oleh juruukur tanah berlesen yang lain itu atau mengambil alih kerja juruukur tanah berlesen yang lain sehingga keizinan telah diperoleh daripada juruukur tanah berlesen itu.

(l) tidak menjawat atau secara sedar menerima suatu kedudukan yang kepentingannya bercanggah dengan tugas profesionalnya;

(m) tidak merosakkan atau cuba untuk merosakkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, reputasi profesional, peluang atau amalan juruukur tanah berlesen lain; atau

(n) tidak terlibat dengan mana-mana perdagangan atau perniagaan lain yang boleh menjejaskan nama baik profesion.

(2) Tiap-tiap juruukur tanah berlesen hendaklah dengan segera mematuhi mana-mana permintaan atau pertanyaan yang dibuat oleh Lembaga berkenaan dengan amalan profesionnya di bawah subperaturan (1).

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *