Walaupun ramai orang membeli tanah yang belum dimajukan dengan niat untuk membina rumah impian mereka, terdapat motivasi lain untuk membeli tanah kosong-contohnya ia boleh menjadi pelaburan yang hebat untuk pemaju dan spekulator tanah. Melabur di tanah kosong memerlukan penyelidikan agar tidak membayar terlalu mahal atau mungkin tidak bernilai dan berpotensi. Keadaan pasaran hartanah sekarang, banyak hartanah yang belum dibangunkan di bawah nilai pasaran, terutamanya apabila anda mempertimbangkan kaedah mudah untuk membuat keuntungan yang cepat, seperti membahagikan hartanah yang besar.
Jika anda telah menemui sebidang tanah kosong dan anda terfikir untuk membelinya, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu yang tidak dapat dirumuskan dengan hanya berdasarkan peta, pelan atau penjelasan penjual. Adalah penting untuk melawat tanah dan berjalan di sekelilingnya untuk melihat apa yang ada di sana dan apa yang mungkin tidak ada di sana. Sebagai contoh, anda mungkin mendapati bahawa tiada jalan untuk mengakses tanah anda, yang boleh menjejaskan potensi pelaburannya kecuali anda memperolehi kemudahan ismen. Terdapat banyak ciri tanah yang mungkin tidak ditunjukan pada peta atau penerangan penjual mengenai tanah itu, tetapi mudah dilihat apabila melawat dan melihat sendiri keadaan hartanah itu.
Selain itu, apabila membeli tanah, sama ada ianya kosong atau telah dimajukan, anda harus mempunyai Jurukur Tanah bagi menjalankan pengukuran. Bergantung kepada jenis ukuran yang sesuai dengan keperluan anda, pengukuran boleh merangkumi sempadan, cerun dan susun atur, ciri semula jadi, jalan dan utiliti, gambar udara dan ciri-ciri lain yang akan memberi kesan kepada nilai tanah.
Dalam beberapa cara, membeli tanah yang belum dibangunkan adalah proses yang sama sekali berbeza daripada membeli sebidang tanah dengan rumah yang ada di atasnya. Ingatlah, apabila membeli tanah kosong tidak semestinya sebuah rumah boleh dibina di atasnya. Terpulang kepada anda untuk melakukan usaha sewajarnya dalam menentukan sama ada tanah itu akan memenuhi keperluan anda. Sebelum melabur di tanah kosong, anda ingin melihat empat faktor utama:
- Bagaimana bentuk tanah? Anda mungkin ingin mengelakkan membeli hartanah yang berada di zon banjir atau berbukit bukau, permukaan berbatu, lurah dan bergaung atau ciri-ciri yang lain yang menyukarkan tanah dibangunkan. Di samping itu, bentuk lot dengan sempadan segiempat tepat atau segiempat sama akan lebih mudah untuk dijual semula daripada lot berbentuk aneh.
- Bagaimana tanah itu boleh diakses? Adakah terdapat jalan raya dan adakah terdapat penyelenggaran yang baik? Adakah jalan diturap?
- Adakah kemudahan utiliti tersedia? Adakah terdapat sumber air dan elektrik? Adakah peruntukan untuk air kumbahan? Jika perkara ini tidak tersedia, anda perlu mengaturkannya sekiranya anda ingin membangunkan dan menjual tanah tersebut kepada pemaju atau pembeli rumah atau membina rumah untuk diri sendiri.
- Bagaimana kedudukan lokasinya? Adakah tanah di kawasan yang berpotensi dimajukan pada masa akan datang? Adakah ia berada di zon kediaman atau komersial? Adakah tanah berdekatan dengan struktur, perniagaan, ciri-ciri tanah atau benda lain yang boleh menambah nilai atau mengurangkan nilai tanah?
Akhirnya, sebelum membeli tanah kosong sebagai pelaburan, anda harus tahu apa yang akan anda akan lakukan dengannya. Anda boleh membina rumah atau struktur lain dan kemudian menjual harta itu sebagai tanah yang dimajukan. Anda boleh mengukur semula dan bahagikan kepada beberapa lot yang lebih kecil, yang kemudian boleh dijual kepada pembeli individu. Anda juga boleh meyimpan tanah tersebut sebagai pelaburan selama beberapa tahun sehingga nilainya telah meningkat. Jika anda mempunyai perancangan dalam fikiran, semak peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan peraturan lain untuk memastikan bahawa perancangan memajukan tanah pilihan anda berjaya. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat membahagikan tanah yang telah anda beli kepada beberapa lot atau ada peraturan yang melarang pembinaan bangunan tertentu di atasnya.