Pejabat Tanah

DAPATKAN MAKLUMAT SEBELUM URUSAN MEMBELI TANAH

Jurukur Tanah Berlesen Ukur Hakmilik Tanah
Share the knowledge!

Sebelum membeli sebidang tanah, sangat penting anda mengetahui dengan terperinci mengenai tanah tersebut sebelum urusan jual beli dibuat. Jangan hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh broker tanah. Sekiranya anda ingin membangunkan tanah tersebut. Anda perlu melakukan sedikit kaji selidik untuk memastikan status tanah terkini. Semak maklumat yang ada dalam salinan geran di Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah.

Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah ada menyimpan maklumat tanah terkini dan sedia berkongsi maklumat ini. Perkhidmatan ini dipanggil Carian Rasmi dan Carian Persendirian. Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian? Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Perkhidmatan ini dapat memberikan maklumat terkini yang tertulis dalam geran asal seperti:

 

Bil Maklumat Tanah Contoh
1. Nama, alamat dan keluasan setiap pemilik Ramai pemilik
2. Jenis kategori kegunaan tanah Pertanian
3. Sekatan kepentingan Tidak boleh dipindah milik, digadai kecuali dengan kebenaran Menteri Besar
4. Tempoh Pajakan 99 tahun
5. Keluasan Tanah
6. Kadar Cukai Tanah
7. Syarat Nyata Tanah ini digunakan untuk tanaman getah sahaja
8. Maklumat Pindahmilik, Gadaian, Kaveat dan sebagainya

 

 

 

Dengan mendapatkan maklumat di atas, anda boleh menilai dengan lebih baik samada tanah tersebut memenuhi kateria dan matlamat anda sebelum urusan jual beli dibuat. Sebagai contoh, sekiranya pemilik terlalu ramai terdapat cabaran untuk membuat pecah bahagian bagi mendapatkan geran berasingan. Contoh, tanah kategori pertanian tidak boleh dibuat perumahan, sekiranya anda ingin membina rumah yang banyak, perlu buat permohonan tukar kategori kepada kediaman. Contoh, jika tempoh pajakan hampir tamat, pemilik tanah perlu membayar premium kepada kerajaan. Contoh, jika ada urusan gadaian dan kaveat akan menyekat urusan jual beli sehingga ianya di selesaikan.

 

Sijil carian rasmi juga merupakan salah satu syarat permohonan membangunkan sebidang tanah di Pejabat Tanah dan juga salah satu syarat bagi membuat pinjaman daripada pihak bank.

 

Sekiranya anda salah seorang dari tuan tanah, anda boleh mendapatkan Salinan Sah, iaitu satu salinan diperakui bagi dokumen hakmilik yang ada di dalam simpanan Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah yang diperakui. Perkhidmatan ini dapat memberikan maklumat tanah terkini. Sebagai contoh geran lama telah dipinda unit ukuran, no lot, perubahan keluasan kerana pengambilan. Ada juga rekod urusniaga seperti kaveat dimasukan oleh orang yang berkepentingan. Kaveat ini bermaksud perintah larangan kepada tuan tanah untuk melakukan urusniaga tanpa persetujuan orang yang ada kepentingan.

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *