ukur tanah

KEPERLUAN UKURAN UTILITI BAWAH TANAH

Jurukur Tanah Berlesen Ukur Utiliti Bawah Tanah
Share the knowledge!

Pembangunan pesat negara dapat dilihat dari masa ke semasa. Pembangunan  struktur binaan, bangunan, jalan, dataran kerana peningkatan bilangan penduduk dapat dilihat. Oleh itu permintaan kemudahan utiliti seperti elektrik, telekomunikasi, Internet, air, sistem peparitan dan kumbahan juga meningkat.

Buat masa ini tiada laluan khas bagi utiliti bawah tanah dan tidak ada direkod kedudukan utiliti di bawah tanah dan yang pasti tiada siapa yang nampak jaringan pelbagai utiliti yang banyak di bawah tanah. Perancangan pembangunan akan mengambil kira pengalihan laluan masuk keluar, meruntuhkan struktur lama, pmbinaan struktur baru dan sebaginya, tetapi tidak mengambil kira kos pengalihan utiliti yang berada di bawah tapak pembinaan.

Apabila pembinaan dilaksanakan, kontraktor pembinaan secara sengaja atau tidak sengaja mengesan utiliti bawah tanah. Pembinaan tertangguh kerana pengalihan utiliti tiada didalam kontrak dan baget pembangunan. Perkara ini menyebabkan masa dan kos pembinaan bertambah. Projek pembangunan tertangguh.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila jaringan utiliti rosak akibat kerja korek mengorek di tapak pembinaan. Bekalan utiliti ke kawasan industri, perusahaan, pejabat dan orang ramai terputus menyebabkan produk tidak dapat dikeluarkan dan kerugian kepada banyak pihak dan orang ramai. Pihak kontraktor perlu keluarkan kos dan masa untuk kerja pembaikan, kerja pembangunan di kawasan itu juga tergendala.

Pemetaan Utiliti Bawah Tanah dapat menjimatkan masa, kos dan sumber, pelaksanaan projek mengikut jadual, mengurangkan kerosakan utiliti dan gangguan perkhidmatan kepada pengguna.

Pastikan anda menggambil kira masa dan baget untuk ukuran utiliti dan kerja pengalihanan bagi sesuatu projek pembangunan.

 

Share the knowledge!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *